05 July 2012

Assalamualaikum,

Dah hampir setengah tahun tidak menjenguk blog ni.
Mungkin lepas ni, blog ini hanya untuk ekspressi diri sendiri dan bukan lagi dipublish untuk tatapan umum seperti dahulu walaupun saya masih biarkan blog ini visible bagi pengunjung yang tersesat.

Sekarang sudah masuk bulan Julai atau Syaaban.
Saya pun sudah menamatkan pengajian tahun pertama di London School of Economics & Political Science di bumi United Kingdom.

Sepanjang berada di bumi UK.
Pelbagai pengalaman yang ditimba,
Pelbagai ukhuwah telah terjalin,
Pelbagai manusia sudah ditemui,
Pelbagai situasi telah mengajar erti kehidupan.

Saya lihat lebih banyak Islam di bumi barat berbanding di tanah air sendiri walaupun hakikatnya negara asing ini bukanlah negara Islam.
Bersyukur juga kerana di bumi ini jugalah Islam saya lebih terjaga.
Peluang untuk bertemu para pendakwah dan public figure yang hebat-hebat juga terbuka luas.
Saya juga bersyukur kerana dah beberapa kali berpeluang mendengar tazkirah daripada mantan mufti Perlis, Dr Asri Zainol Abidin kerana beliau pun berada di UK kerana menjadi fellow di Oxford University.

Banyak yang nak diekspressi kali ni, tapi ditangguh untuk post yang seterusnya.
Saya akan menceritakan pengalaman saya di Italy semasa cuti Easter yang lalu.

till then~

09 January 2012

Jaulah Winter 2011


Salam,

Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya, saya sekali lagi terdetik hati untuk mencoret sepatah dua kata di blog yang agak uzur ini. Kali ini plotnya berkisar pula tentang perjalanan musim sejuk saya yang pertama di bumi UK.

Best jugak jadi orang Islam ni, sebab nak berjalan2 pun dikira sebagai ibadah sebab Allah ada perintahkan dalam al-Quran.

Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20).

So untuk 1st day, kitorang semua berkumpul di rumah senior di Finsbury Park untuk briefing sebelum trip. Briefing yg mengambil masa selama berminit2 oleh saudara Farid Nazer detekuni oleh semua peserta. Trip ini jika diniatkan kerana Allah insyaAllah, fun pun dapat, pahala pun dapat sebab buat something kerana Allah swt.
Sebelum bermusafir, kita kena betulkan niat. Mentadabbur alam sambil mengambil ibrah dari apa yg kita pandang.

Mendengar Briefing

Sebelum bertolak kitorang dinasihatkan untuk amik khuf dulu supaya senang nak amik wuduk nanti. Tau x khuf tu apa. Tekan SINI ^_^
Ada 6 buah kereta. Untuk perjalanan hari pertama driver, Aiman.

Bagasi yang dibawa
Selepas ceramah semua ceria =D

Persiapkan semuanyaaaa

Plan winter trip kali ini ialah:
(rusholme tu di manchester ek)
Antara benda yang best masa on trip ialah asyik sebut AWESOME Subhanallah ja sebab kagum dgn keindahan alam.


Lepas tengok pemandangan indah yang kat atas ni, teringat pulak satu ayat Allah ni

Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada” (Al Hajj : 46).

So stop pertama kitorang ialah Portsmouth. Sampai2 ja terus dapat makan lamb ribs. Sedap superrr. Tapi xda gambar la plak untuk lamb ribs tuh. Malam tu kitorang lepak2 di Gunwharf dan berjalan sambil 'mencerap' taik bintang and usha2 ferry2 kat situ. Ye la kan, Portsmouth ni tepi laut, so jalan sikit dah jumpa laut(agaknya la)

Malam tu kitorang tido di South Jami' Mosque.

Ya Allah, saya baru perasan, Winter Trip kitorang ni memakan masa lebih kurang 12 hari, so kalau cerita in detail memang boleh buat novel la kan post kali ni. Dengan ini, saya akan memendekkan post ini untuk tidak membosankan para pembaca.

Hari kedua kitorang gerak ke Stonehenge. X tahulah apa speselnya pasal batu berkelompok ni sampai ramai orang pegi tengok. So sebagai seorang tourist, kira mcm wajiblah pegi tgk sbb stonehenge ni pun on the way sebelum ke next destination bath.


Insiden Potong-Memotong antara kereta.

Ketika tersesat jalan.

Masa kereta saya on the way ke stonehenge, entah macam mana kitorang boleh tersesat pulak. Saya rasa ni mesti salah Driver(Afiq Salleh) kitorang semua sbb asyik sgt sembang dlm kereta sambil main game ping pong. Tapi kira ada hikmah jugak la sebab jumpa scence yg best n sempat amik gambar.

Gambar Sesat Lagi

Jadi lepas berkerah tenaga menggunakan gps, kitorang pun sampai lah ke tempat tengok batu Stonehenge.
Stonehenge

Pastu kitorang pun sampai ke Bath n tiba di satu tempat yang dinamakan Bath Skyline Walk.
Subhanallah, cantik amat pemandangan di sini.

Bath Skyline Walk

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, perselisihan malam dan siang, dan bahtera yang berlayar di laut dengan memberi manfaat kepada manusia, dan apa-apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air Dia dihidupkan bumi sesudah mati (kering)nya, dan di bumi itu Dia menyebarkan segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dengan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi golongan yang berakal.”(al-Baqarah 2:164)

Kitorang pun sampai ke Cardiff dan bermalam di Masjid Al-Usra. Tapi sebelum tido, malam tu kitorang ada talk dari seorang Brother yg berasal dari Palestine. Dia bagi nasihat tentang sebab apa kita di pilih untuk berada di mana kita berada sekarang nih.

Bergambar di depan kedai di Cardiff

Sebelum melahap makan

^_^
Tazkirah subuh
Urutan kereta Api.(best kalau anda orang paling hadapan)

Hari ni, kitorang bergerak ke Cardiff Bay. Mengikut kata Za'ba, time2 ni tahun lepas tempat ni dah putih dgn salji. Skarang still colourful lagi. Mungkin xda rezeki nak salji lagi kot. InsyaAllah ada hikmahnya tuh.

Cardiff Bay

Menunaikan perintah Allah di services(rnr)
Malam tu kitorang singgah di Suspension Bridge di Bristol. Ada something menarik pasal bridge ni tapi x igt la. Google la sendiri ek. Tapi yang pasti, view malam tu subhanallah cantik. Kreatif jugak hamba2 Allah ni.

Suspension bridge Bristol

Dan malam tu kitorang meneruskan perjalanan ke Birmingham untuk bermalam di sana. Antara malam yang paling best sebab kitorang main game mafia. Ap itu game mafia? erm.... Intelektual game gak la, untuk bunuh2 orang.. Erkkkk. Untuk bebudak kyuem, game ni mcm game werewolf. Malas la nak explain.


Hari berikutnya kitorang ke Birmingham National Sea Life, sempat tengok sea life(obviously kan) kat situ. Mcm aquaria KLCC. Entahla yang mana lebih menarik sbb saya sendiri pun x penah pegi aquaria kat klcc tuh.

NSB
Ikan yang unik

Daripada BSL nih, kitorang ke Syurga makanan Rusholme, Manchester. Banyak superr makanan halal kat sini n semuanya sedap2 super(as they CLAIMED). Tapi xda gambar kat sini sbb time tgh makan x sempat nk snap. Di manchester ni paling x produktif sebab kitorang x bergerak ke mana2 pun sebab hari ni Krismas. Semua Banyak kedai tutup time krismas. So lepas tu kitorang pun bergerak ke Newcastle.

Breakfast bersama Afiq di Newcastle

Kegedikan di Newcastle

=D

Masa di Newcastle, kitorang berhenti bergambar di Gateshead Millenium Bridge. Cantik jugak bridge ni.

Mufti sebagai model

Perjalanan seterusnya ialah di Edinburgh untuk makan dan tido di Glasgow. Tak sempat sangat nak bergambar kat sini sebab singgah kejap sangat.

The highlight of the trip adalah di Loch Lomond di Scotland di mana kitorang join program Perhimpunan Musim Sejuk(PMS). Program ni agak santai n banyak input yang dapat. Sebenarnya dah letih taip post yang panjang super nih, so malas nak hurai panjang2. Program ni lebih kurang program keagamaa gak la. Byk menerangkan tentang tujuan hidup dan kepentingan berusrah. ^_^

My name Tag
Saudara Hamidi tekun

Antara peserta PMS
Lokasi program

Selepas program, kitorang singgah di Manchester sebab kalau nk bertolak dari Scotland ke London memang berjanggut jugakla kan sebelum sampai(refer peta kat atas)
Manchester
Sebenarnya selepas PMS ada aktiviti bermain ski di mana entah. Sebab saya x terlibat jadi saya malas nk bercerita pasal ski tuh.

Afiq yg injured

Sempat singgah sebentar di Old Trafford sebelum pulang

Singgah di Cambridge
Selepas penat berpunting di cambridge

Syukur, tamat jugak post yang panjang lebar ni. Thx pada semua yg terlibat dlm trip kali ni sbb alhamdulillah, best n berbaloi. Kalau ada rezeki boleh join lagi kan. Saya x review balik apa yg dah ditulis ni, kalau ada typo tu kira halal lah ek.

Antara perkara yang saya amat hargai sepanjang perjalanan ini ialah ukhuwah.

Orang-orang mukmin sesungguhnya bersaudara; maka rukunkanlah kedua saudaramu yang berselisih dan bertakwalah kepada ALlah supaya kamu mendapat rahmat(Al Hujerat 49 :10)

Salam

01 December 2011

The Land of Dreams



Assalamualaikum to all my readers,

Well, here I am instead of studying. Well actually I've just finish up my abstract mathematics homework which took me about 2-3 hours(i think more than that). I've stayed in the Social Science Library for quite a day. Actually i was suppose to have a drama practice for LSE Malaysian night. But due to unforeseen circumstances, it was canceled and I've decided to stay at the library till 8pm.
This is the first time I write my blog since I arrive in London. Yep I'm buzy, but that's not the reason why I don't post anything since the previous post, just the lazy habit of me.
Alhamdulillah, all praise be to Allah, because I managed to further my studies here. Without Him, i really cant tell where I am at this moment.
I've been here in London for about 74 days more or less.

Arrival at Heathrow

Hurm, what should i blog about today.
My life at LSE was pretty hectic.
It suppose not to be that hectic but I think because we learn less in the class, so we ought to learn more outside.
I stay at Commonwealth Hall near Russell Square.
It is quite nice though it as relatively expensive compared to the other students accommodation hall.
My Hall

I usually walk to school and it took me about 20-25 minutes by leisure walking and normal speed.

At LSE, I read Actuarial Science and take 4 subject for my first year which is Mathematical Methods, Elementary Statistical Theory, Economics B, and Introduction to Abstract Mathematics. I think all those 4 subjects are quite tough and need quite a high amount of dedication and commitment if Im planning not to fail my first year.

There's a lot of interesting places here in London that I have yet to share here.
I think I'll do so in my next post.
I promise to myself to blog regularly.

Till then, Salam ^_^

15 September 2011

Berakhir Sebelum Bermula

Salam,

Ok, kali ni pun xnak sorry sebab lambat update blog.
Aku memang blogger yang pemalas pun, so sebab apa buat blog pun x sure.
Jadi lepas post sebelum ni yg pasal BTN tu, memang hidup amat bz.
Asyik2 travel, asyik2 beli tiket bas, asyik2 gi kl.
Kalau campur semua cost tiket bas yg gi kl tahun ni, rasa dah boleh beli tiket gi UK satu(ok exagerrate 5%).
Banyak sangat kot travel.
Kadang2 aku rasa kalau tinggal kat kl lagi senang walaupun x best. =P






Ok, so nak crita apa kali ni ek.
Sebab banyak sangat nak story, so semua diringkaskan menjadi short story. =P
Firstly, lepas BTN ada reunion dgn classmates from taiping.
Reunion yang sangat best sebab jumpa balik member2 lama.
Semua dah makin matang, hensem, lawa and tinggi(thats me).


Secondly, aiseh, macam karangan BI lak, lepas tu ada pre-departure dari sponsor lak.
Pre-departure yang sangat best sebab time ni bonding bersama member2 sama sponsor.
Baru la kenal diorang mcm rapat sket.
Kalau x sebelum ni kenal gitu2 je.




Lepas tu roadtrip gi Universal Studious S'pore, JB dan MUAR. First time kot gi s'pore. SO macam best gak ar walaupun lunch kat situ mahal nak mati. Ok lepas ni kena save duit.


Again, then ada MOC 2.0. Sbnrnya MOC dah lepas, tapi disebabkan inisiatif senior2 yang baik hati, diorang still buat untuk kitorang yang missed. Ok la, byk ilmu dapat. Kudos to seniors. Xyah gambar la kot. Semua nak tgk susah ar.

Lepas tu.... saat2 yang dinanti-nantikan telah tiba..
RESULT Cambridge International Examinations Advance Levels yg jatuh pada 11 Ogos, time bulan puasa. Alhamdulillah, walaupun results x secemerlang mana, tapi syukur2, cukup2 untuk melanjutkan pelajaran. All praise to Allah.

Sepatutnya ada scholars day tapi cancel lak.

Then the most challenging part is..... VISA application.
Sebenarnya xda la susah mana pun. Ok tipu.
Memang susah pun. Part paling susah bila semua dokumen yang diperlukan xda untuk disubmit.
Jadi memang lewat la nak buat visa. Tapi hari ni dah boleh collect. So no hal lah. =)

So kem terakhir ialah LSE Freshers Camp. Best gak ar camp ni, dapat kenal member2 baru yang bakal ke university yang sama.

Oh lupa lak. Jadi, saya bakal melanjutkan pelajaran ke Sekolah Ekonomi dan Sains Politik London.

Till then. Sayonara

Salam

10 July 2011

BTN = Brainwashing ??

*Wipe wipe(penuh dengan sawang)

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia(version BTN) kepada Pembaca yang jarang2 melawat,

Saya dah kembali ke blog yang agak usang ini setelah sekian lamanya.
Tiba2 lak semangat nak mengupdate blog sebab rasa nak berkongsi sesuatu yang baru berlaku baru2 ni.
Oh tidak, ini bukan pasal isu BERSIH 2.0. Saya sendiri pun malas nak mengulas isu tu. Tengok je la dekat facebook dan blog2 yang berkaitan pun dah berlambak. Jadi bagi post kali ini, ingin saya mengulas tentang Kem Birotatanegara yang baru sahaja saya pergi pada 4 Julai yang lepas di Kem Bina Negara Kuarters KLIA, Nilai N9.

Jadi pada malam sabtu sebelum BTN, saya pun berangkat ke KL menaiki bas Transnasional. Bas pun x penuh. Berbekalkan ceramah Dr. Maza yang saya download di utube dan masukkan ke dalam ipod, saya pun berangkat ke KL. Lepas tu, around tengah hari jumpa dgn Nik and Hakim di Mid sbb nanti nak balik tidur rumah Hakim. Thx to Hakim and the family for the hospitality. Thx to abang hakim sebab tolong drivekan kitorang(me,Nik, Tasya and Hakim obviously) ke kem btn tersebut.

Di rumah Hakim, bersedia ke BTN

Untuk peringatan pembaca, post kali ni bukan la nak bagi soalan bocor tentang exam hari last kat BTN ataupun isi2 modul LDK atau sebagainya. Cuma nak bagi sneak peak ataupun gambaran tentang btn yang selama ni org salah sangka. Bagi penulis sendiri pun, hanya perasaan SKEPTIKAL YANG AMAT TINGGI tertanam dalam hati ini kalau dengar perkataan BTN(alamak,BTN dah berjaya brainwash aku ek?).

Skeptikal di BTN
  • Penuh dengan ceramah dan dakyah politik dan sangat Rasis(racist)

Jadi mula sampai ke Kem BTN di KLIA nih, macam, omagad, cantik jugak for a camp.

Kem BTN(View dari hostel)

Sewaktu meng-unpack barang


Hari pertama cuma pendaftaran dan taklimat kursus. Dan pada malamnya ada pembentangan kertas kerja(ceramah) pertama. Tajuk pembentangan kertas kerja ini ada 4 : Tanah Air, Kerajaan, Rakyat dan Kedaulatan. Semua ceramah best kecuali yang ketiga kurang best sebab agak formal tapi still ok la. Dan penceramah yang best2 ni semua dari Kelantan. Haha. Tiba2 je.
Ceramah ini bukanla macam cerama politik sangat pun. Cuma nak bagi difinisi tentang tajuk yang berkaitan. Mestila ada sebut pasal kerajaan yang memerintah. Tapi serius ni bukan ceramah politik. Jadi isu skeptikal yang pertama dah hilang. Time Ceramah pun gelak2 je. Depends on penceramah yang korang dapat gak la.

Ceramah, dewan ada air-cond and selesa.

Lepas tu sesi Latihan Dalam Kumpulan(LDK) lak. Ada 9 slot untuk sesi LDK semuanya. Dan kalau kumpulan LDK BTN anda ni best, BTN anda akan jadi Super Best. Dan bagi saya, kumpulan LDK saya adalah super best, jadi BTN saya confirmlah super2 best. Haha, terover lak.
Dalam LDK ni la fasi akan menjadi penyelia untuk kumpulan anda sambil melakukan beberapa modul. Anda akan berdebat sesama anda tentang isu2 dalam negara, pemimpin, politik, sosial dan sebagainya.

Fasi pulak memangla seorang yang sangat berilmu tentang benda2 macam ni. Jadi kalau anda mempunyai banyak persoalan tentang isu2 dalam negara ni, di sinila tempat untuk bertanya. Jangan risau, fasi sangat open minded walaupun anda menyokong BESIH 2.0 . Saya pun mengambil peluang di sini untuk bertanya tentang kes2 rasuah dan politik kotor yang berlaku di negara kita. Dan bagi saya, penerangan fasi tersebut jelas dan menarik. Tapi ini bukan bermaksud mereka suda berjaya mendoktrinkan pemikiran saya. Pendirian ini tetap teguh.


Kumpulan LDK 3

Sebelum Berpisah

Tentang kumpulan LDK saya pulak, semuanya budak2 yang cerdik pandai Malaysia. Syukur dapat ke BTN sebab saya macam dah dapat kawan secara glokal(global dan local). Ada yang nak melanjutkan pelajaran ke Rusia, Canada, Australia, Spain dan UK dan kebanyakannya dalam bidang kejuruteraan dan perubatan.

Event yang paling menarik bagi saya adalah semasa LDK 9 atau terakhir. Sangat best sebab peranan yang saya dapat dalam event tu pun best. Pengertian event tersebut sangat mendalam. Tahniah diucapkan kepada pihak BTn sebab berjaya memikirkan untuk melaksanakan perkara tersebut. Tapi mestila saya x mahu ulas di sini kalau x akan menjadi spoiler kepada bakal2 peserta btn.

Jadi pada hari jumaat iaitu hari terakhir, terdapat xm di dewan. Soalan bulat2 jer. Sure survive. Tapi agak mengantukla sebab semalam tidur lewat. Tersengguk2 baca statement dalam soalan yang agak panjang.


Khalis dan Shahrul(confirm Fly canada) khusyuk mendengar ceramah penutup

Boring Bad

Bersalaman dengan Fasi

Jadi BTN pun melabuhkan tirainya tepat pada pukul 12 pm +. Tak tepat pun sebenarnya.
Positive point tentang BTN ni sebab dapat memberi perspektif sebenar tentang sejarah dan Malaysia. Bukan politik ya. Ada la jugak. Yang tu tak dapat dinafikan. Saya berani jamin bahawa anda tak akan malu untuk menyebut SAYA SAYANG MALAYSIA selepas grad dari btn nih. Haha, macam dah berjaya brainwash saya je.

Last Day Randomness

Saya rasa, itu je kot untuk post kali ni. Tunggu la 2-3 tahun pulak sebelum next post.
Konklusinya?Anda nilai sendiri.

Till then.