09 January 2012

Jaulah Winter 2011


Salam,

Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya, saya sekali lagi terdetik hati untuk mencoret sepatah dua kata di blog yang agak uzur ini. Kali ini plotnya berkisar pula tentang perjalanan musim sejuk saya yang pertama di bumi UK.

Best jugak jadi orang Islam ni, sebab nak berjalan2 pun dikira sebagai ibadah sebab Allah ada perintahkan dalam al-Quran.

Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20).

So untuk 1st day, kitorang semua berkumpul di rumah senior di Finsbury Park untuk briefing sebelum trip. Briefing yg mengambil masa selama berminit2 oleh saudara Farid Nazer detekuni oleh semua peserta. Trip ini jika diniatkan kerana Allah insyaAllah, fun pun dapat, pahala pun dapat sebab buat something kerana Allah swt.
Sebelum bermusafir, kita kena betulkan niat. Mentadabbur alam sambil mengambil ibrah dari apa yg kita pandang.

Mendengar Briefing

Sebelum bertolak kitorang dinasihatkan untuk amik khuf dulu supaya senang nak amik wuduk nanti. Tau x khuf tu apa. Tekan SINI ^_^
Ada 6 buah kereta. Untuk perjalanan hari pertama driver, Aiman.

Bagasi yang dibawa
Selepas ceramah semua ceria =D

Persiapkan semuanyaaaa

Plan winter trip kali ini ialah:
(rusholme tu di manchester ek)
Antara benda yang best masa on trip ialah asyik sebut AWESOME Subhanallah ja sebab kagum dgn keindahan alam.


Lepas tengok pemandangan indah yang kat atas ni, teringat pulak satu ayat Allah ni

Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada” (Al Hajj : 46).

So stop pertama kitorang ialah Portsmouth. Sampai2 ja terus dapat makan lamb ribs. Sedap superrr. Tapi xda gambar la plak untuk lamb ribs tuh. Malam tu kitorang lepak2 di Gunwharf dan berjalan sambil 'mencerap' taik bintang and usha2 ferry2 kat situ. Ye la kan, Portsmouth ni tepi laut, so jalan sikit dah jumpa laut(agaknya la)

Malam tu kitorang tido di South Jami' Mosque.

Ya Allah, saya baru perasan, Winter Trip kitorang ni memakan masa lebih kurang 12 hari, so kalau cerita in detail memang boleh buat novel la kan post kali ni. Dengan ini, saya akan memendekkan post ini untuk tidak membosankan para pembaca.

Hari kedua kitorang gerak ke Stonehenge. X tahulah apa speselnya pasal batu berkelompok ni sampai ramai orang pegi tengok. So sebagai seorang tourist, kira mcm wajiblah pegi tgk sbb stonehenge ni pun on the way sebelum ke next destination bath.


Insiden Potong-Memotong antara kereta.

Ketika tersesat jalan.

Masa kereta saya on the way ke stonehenge, entah macam mana kitorang boleh tersesat pulak. Saya rasa ni mesti salah Driver(Afiq Salleh) kitorang semua sbb asyik sgt sembang dlm kereta sambil main game ping pong. Tapi kira ada hikmah jugak la sebab jumpa scence yg best n sempat amik gambar.

Gambar Sesat Lagi

Jadi lepas berkerah tenaga menggunakan gps, kitorang pun sampai lah ke tempat tengok batu Stonehenge.
Stonehenge

Pastu kitorang pun sampai ke Bath n tiba di satu tempat yang dinamakan Bath Skyline Walk.
Subhanallah, cantik amat pemandangan di sini.

Bath Skyline Walk

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, perselisihan malam dan siang, dan bahtera yang berlayar di laut dengan memberi manfaat kepada manusia, dan apa-apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air Dia dihidupkan bumi sesudah mati (kering)nya, dan di bumi itu Dia menyebarkan segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dengan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi golongan yang berakal.”(al-Baqarah 2:164)

Kitorang pun sampai ke Cardiff dan bermalam di Masjid Al-Usra. Tapi sebelum tido, malam tu kitorang ada talk dari seorang Brother yg berasal dari Palestine. Dia bagi nasihat tentang sebab apa kita di pilih untuk berada di mana kita berada sekarang nih.

Bergambar di depan kedai di Cardiff

Sebelum melahap makan

^_^
Tazkirah subuh
Urutan kereta Api.(best kalau anda orang paling hadapan)

Hari ni, kitorang bergerak ke Cardiff Bay. Mengikut kata Za'ba, time2 ni tahun lepas tempat ni dah putih dgn salji. Skarang still colourful lagi. Mungkin xda rezeki nak salji lagi kot. InsyaAllah ada hikmahnya tuh.

Cardiff Bay

Menunaikan perintah Allah di services(rnr)
Malam tu kitorang singgah di Suspension Bridge di Bristol. Ada something menarik pasal bridge ni tapi x igt la. Google la sendiri ek. Tapi yang pasti, view malam tu subhanallah cantik. Kreatif jugak hamba2 Allah ni.

Suspension bridge Bristol

Dan malam tu kitorang meneruskan perjalanan ke Birmingham untuk bermalam di sana. Antara malam yang paling best sebab kitorang main game mafia. Ap itu game mafia? erm.... Intelektual game gak la, untuk bunuh2 orang.. Erkkkk. Untuk bebudak kyuem, game ni mcm game werewolf. Malas la nak explain.


Hari berikutnya kitorang ke Birmingham National Sea Life, sempat tengok sea life(obviously kan) kat situ. Mcm aquaria KLCC. Entahla yang mana lebih menarik sbb saya sendiri pun x penah pegi aquaria kat klcc tuh.

NSB
Ikan yang unik

Daripada BSL nih, kitorang ke Syurga makanan Rusholme, Manchester. Banyak superr makanan halal kat sini n semuanya sedap2 super(as they CLAIMED). Tapi xda gambar kat sini sbb time tgh makan x sempat nk snap. Di manchester ni paling x produktif sebab kitorang x bergerak ke mana2 pun sebab hari ni Krismas. Semua Banyak kedai tutup time krismas. So lepas tu kitorang pun bergerak ke Newcastle.

Breakfast bersama Afiq di Newcastle

Kegedikan di Newcastle

=D

Masa di Newcastle, kitorang berhenti bergambar di Gateshead Millenium Bridge. Cantik jugak bridge ni.

Mufti sebagai model

Perjalanan seterusnya ialah di Edinburgh untuk makan dan tido di Glasgow. Tak sempat sangat nak bergambar kat sini sebab singgah kejap sangat.

The highlight of the trip adalah di Loch Lomond di Scotland di mana kitorang join program Perhimpunan Musim Sejuk(PMS). Program ni agak santai n banyak input yang dapat. Sebenarnya dah letih taip post yang panjang super nih, so malas nak hurai panjang2. Program ni lebih kurang program keagamaa gak la. Byk menerangkan tentang tujuan hidup dan kepentingan berusrah. ^_^

My name Tag
Saudara Hamidi tekun

Antara peserta PMS
Lokasi program

Selepas program, kitorang singgah di Manchester sebab kalau nk bertolak dari Scotland ke London memang berjanggut jugakla kan sebelum sampai(refer peta kat atas)
Manchester
Sebenarnya selepas PMS ada aktiviti bermain ski di mana entah. Sebab saya x terlibat jadi saya malas nk bercerita pasal ski tuh.

Afiq yg injured

Sempat singgah sebentar di Old Trafford sebelum pulang

Singgah di Cambridge
Selepas penat berpunting di cambridge

Syukur, tamat jugak post yang panjang lebar ni. Thx pada semua yg terlibat dlm trip kali ni sbb alhamdulillah, best n berbaloi. Kalau ada rezeki boleh join lagi kan. Saya x review balik apa yg dah ditulis ni, kalau ada typo tu kira halal lah ek.

Antara perkara yang saya amat hargai sepanjang perjalanan ini ialah ukhuwah.

Orang-orang mukmin sesungguhnya bersaudara; maka rukunkanlah kedua saudaramu yang berselisih dan bertakwalah kepada ALlah supaya kamu mendapat rahmat(Al Hujerat 49 :10)

Salam