05 July 2012

Assalamualaikum,

Dah hampir setengah tahun tidak menjenguk blog ni.
Mungkin lepas ni, blog ini hanya untuk ekspressi diri sendiri dan bukan lagi dipublish untuk tatapan umum seperti dahulu walaupun saya masih biarkan blog ini visible bagi pengunjung yang tersesat.

Sekarang sudah masuk bulan Julai atau Syaaban.
Saya pun sudah menamatkan pengajian tahun pertama di London School of Economics & Political Science di bumi United Kingdom.

Sepanjang berada di bumi UK.
Pelbagai pengalaman yang ditimba,
Pelbagai ukhuwah telah terjalin,
Pelbagai manusia sudah ditemui,
Pelbagai situasi telah mengajar erti kehidupan.

Saya lihat lebih banyak Islam di bumi barat berbanding di tanah air sendiri walaupun hakikatnya negara asing ini bukanlah negara Islam.
Bersyukur juga kerana di bumi ini jugalah Islam saya lebih terjaga.
Peluang untuk bertemu para pendakwah dan public figure yang hebat-hebat juga terbuka luas.
Saya juga bersyukur kerana dah beberapa kali berpeluang mendengar tazkirah daripada mantan mufti Perlis, Dr Asri Zainol Abidin kerana beliau pun berada di UK kerana menjadi fellow di Oxford University.

Banyak yang nak diekspressi kali ni, tapi ditangguh untuk post yang seterusnya.
Saya akan menceritakan pengalaman saya di Italy semasa cuti Easter yang lalu.

till then~

No comments:

Post a Comment